Thursday, 6 December 2012

BEST TAK KAWIN???

Wah tajuk apakah yang ingin kutulis ini??
ilham ini datang apabila seseorang bertanya kan soalan ini..saya bukanlah pakar dalam rumah tangga dan perkahwinan dan belum sampai kepada kaunselor perkahwinan..gituwww ya..

namun sekadar berkongsi cerita dan pengalmn hidup berkawin yang baru mencecah setahun enam bulan..ALHAMDULILAH ..rasa macam semalam..cewah..

JAWAPAN saya yang pertama mestilah BEST sebab itu ia merupakan SUNNAH dan bagi isteri banyak pahala yang dapat dikumpul apabila melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik..

ya berbalik kepada soalan BEST tak KAWIN??

"soal seronok atau tidak kita yang PILIH bagaimana keseronokan yang kita inginkan. maknanya di sini diri sendiri yang mencorakkan mahu SERONOK atau sebaliknya. apabila kita MEMILIH untuk seronok maka minda kita, emosi kita, tindakan kita akan mengarah kepada keseronokkan. INSYAALLAH.. "
 bagaimana nak bina keserasian sedangkan minat tak sama??

"dalam perkahwinan mengenali pasangan adalah satu proses yang berterusan. setiap hari kita akan sentiasa mengenai pasangan kita. perbezaan pasangan kita adalah untuk kita saling melengkapi antara satu sama lain. dan perbezaan inilah membuatkan KEHIDUPAN PERKAHWINAN KITA SEINDAH PELANGI..Bayangkan semuanya sama, pasti kehidupan kita akan mendatar seperti gurun sahara gituw.."
 soalnya bagaimana nak memBINA keSERASIAN??
 "HARGAI perSAMAan dan RAIKAN perBEZAan..kita raikan apa yang pasangan kita suka walaupun kita tak suka, BAGAIMANA?? nyatakan kita menyokong apa yang dia buat, mendengar ceritanya tentang apa yang dia buat..tunjukkan respon yang baik..dan kita tak tahu tiba2 masa akan datang kita akan terjebak sama dengan apa yang pasangan kita suka buat..AHEM!!!"
 DIRINGKASkan apa yang best KAHWIN ialah.
  • segalanya berteman, makan, minum, tidur, jalan2, study..haishh macam2 lah
  • ada orang ambik berat, ada orang jaga waktu sakit
  • dan yang paling best ada orang sudi dengar isi hati saya dan saya tak malu nak nangis sepuas-puas hati...hehehe
  • ada orang yang saya boleh berkongsi impian, ada orang yang akan mendorong saya mencapai impian.
ada yang tanya, nanti tak bebas macam bujang dulu..

ehhh sapa kata begitu?? saya akui ada juga yang tidak merasai kebebasan seperti masa bujang dulu..soalnya BAGAIMANA kita berbincang dengan pasangan kita..apakah kita BERKONGSI IMPIAN dengan pasangan kita..BERKOngsi IMPIAN dengan pasangan secara tidak langsung menyebabkan pasangan kita merasai apa yang kita NAK... YA dari situ pasangan akan paham apa yang kita NAK..selagi ia tidak bertentangan dengan AGAMA pasti pasangan tidak menghalang.

saya pun herann bila mana ada orang cakap, "sporting nya suami bagi travel jauh2, lama2 pergi program".."ehh bagi pulak suami ko kuar ni" .."boleh pulak ni eh best dapat tu"
ya ALHAMDULILAH saya diberi keizinan membuat perkara yang sama waktu bujang dulu..
  • masih dapat berpgram
  • jumpa kawan2 even suami tak teman
  • dan apa2 jealah dapat belaka..
macam mana saya dapat?? saya menceritakan semua impian saya, dan apa perkara yang saya suka kepada suami saya..dan ALHAMDULILAH itulah hasilnya..dan yang paling penting ceritakan dengan siapa kita berkawan..kawan dia kawan saya, kawan saya kawan dia..itu yang BEST !!

oh saya stopp dulu nanti saya sambung..bagi yang dah kawin tapi tak percaya nak kawin, YAKINKAN diri dan PERCAYA yang anda hendak berkahwin..pilihan itu anda yang buat dan anda bertanggungjawab atas pilihan ANDA..

SELAMAT MENEMPUH ALAM RUMAHTANGGA KEPADA BAKAL-BAKAL PENGANTIN dan PENGANTIN BARU..:) 


Wednesday, 18 April 2012

tiada tajuk...hehe

assalamualaikum dan salam sejahtera...

hari ni aku bangun pagi sebab dapat hobi baru nak upload blogg...hehehe...berjaya juga tukar tamplet dan warna yang aku suka...biru tu aku suka manakala hijau tu encik suami yang suka ye...

KENAPA BIRU??? 

yeahhh biru mendamaikan dan menenangkan...lihatlah langit ianya pun warna biru kan...masa kecik2 aku suka tengok langit. dan bayangkan akalulah dapat tembus langit...hehe...dulu2 klau dilanda rindu daku suka langit...to sahabat baikku malina: anda tahukah masa anda pindah ke labuan dulu aku suka tengok langit dengan harapan masih ada pertemuaan untuk kita...huahua...tapi skng ko kat seri kembangn je jadi aku tak tengok langit dah...hehe..

manakala jika dilihat hasil ujian personaliti warna pula orang yang mendapat hasil ujian biru ialah orang yang mempunyai personaliti romantik, penyayang, mudah simpati dan apa2 yang berkaitan emosi lah.pendek kata apa yang patut ada pada kaunselor...hopefully aku begitulah sbb memang aku dapat warna biru pon masa buat ujian itu...

KENAPA HIJAU??

aku pon tak tahu knp encik suami suka hijau maybe sebab tenang juga kot...hehe..

tapi dari aspek ujian personaliti warna pulak orang yang dapat warna hijaun ini seorang yang lebih kepada menggunakan teori..orang yang bijak lah lebih kurang..suka kepada keilmuan gituww...eh betoikah aku merepek ini..ini tanda2 dah lama tak buka buku..hhehe

dan sebab paling utama aku bangun awal ni sebab jap lagi nak pg picnic kat tanjung balau dengan student2 encik suami. bila ditnya kenapa suruh budak2 tu pg picnic..dia jawap suka2....oh best jadi lectrr boleh buat gitu...tpi jawapan last dia MUNGKIN ABANg RINDU DENGAN KAWAN2 ABANG...fuyooo bestnya alasan...dia kata sekurang2 boleh imbau kenangan...

wah encik suami pon ada rindu kat kengkawan ek...aku pon rindu juga kat kengkawan.masa kat kelantan dulu sokmo kita g pantai kan kengawan...salam kerinduan buat semua kengkawan yang pernah melakar pelangi di hatiku...cewahhh....

BERJAYA jua akhirnya

ASSALAMUALAIKUM ...

ALHAMDULILAH...akhirnya berjaya juga membuat blog baru..bloh lamaku mutiaratihani itu yang dibuat semasa zaman degree dulu h lama tidak ku jengah,..bersawang berhabuk lah gamoknya...tetapi bila tgk puan afiqah dgn blog asamkeping gula batunya daku bersemangat nak membuatnya...tambah2 dah diberi semangat...cewahhh gituwww

kenapa aku berblog???
1. isi masa lapang almaklum dok umah sepanjang masa smntara menunggu kerja...fuhh
2. berkongsi ilmu dan pengalamn yang ada
3. kiranya-kiranya kalau aku dah takde kat dunianya ada juga blog ini sebagai pengganti...
4. kongsi maklumat dengan kengkawan semua
5.dan macam-macam lagi...huahua...

maka di kala tengah malam ini bjaya akhirnya....opsss knp bintang kehidupan??

aku memang suka dengan perkataan BINTANG ni sebab aku nak jadi BINTANG HATI pada suami, umi abah, adik beradik ku, sahabat-sahabatku dan semua orang yang berada disekelilingku...
bintang kan sifatnya menerangi...so aku mahu menerangi kehidupanku dan juga orang lain....gituww tau...